adil??

April 28, 2006

sekeping hati…….dilukai?

biarkan……

sebuah jiwa……..disakiti?

biarkan……

sejujur perasaan……dicalari?

biarkan……

akukah???

dimanakah keadilan??

ahh..hilangg…

+intan

+24/04/2006

tiket

April 27, 2006

+lokasi : Pudu

+soalan : Adakah masih ada harapan untuk saya pulang ke Ipoh bertemu Ayah Bonda tercinta yang dirindui sentiasa pada malam Jumaat ini dengan menaiki bas?

+ jawapan :

kakak kaunter bas 1 : tengahari jer ada kosong dik..

aku : tapi saya habis kerja pukul 5.30pm kak….(dalam hati)

kakak kaunter bas 1 : tu kau punya pasal la (dalam hati…mungkin) ahaks

nasib baik la kakak ni cun sikit dari kakak jual jambu air tadi..

……………………………………

kakak kaunter bas 2 : penuh dik..sambil geleng-geleng kepala, iras-iras macam geleng cikgu sekolah aku dulu masa tangkap budak kelas sebelah bawa playboy datang sekolah.

……………………………………

kakak kaunter bas 3 : takde…

errr..tu jer dia jawab.aku tak berani tanya lebih.

……………………………………

kakak kaunter bas 4 : %)*3heyr88@#%@#$..tuuutt..tuutt..ttuuuuuttt..

yang ni aku tak berani nak tanya.dia tengah dok maki abang nak beli tiket sebab abang tu tanya nanti jalan jam ke tak.ahaks.tak tau la salah orang yang memaki ke salah orang yang bertanya.huhu..
……………………………………

abang-abang walkie-talkie :………..

errr….yang ni tak payah nak tanya.diorang yang tanya aku.tapi malas nak layan.aku rimas.nasib baik telinga aku sumbat earphone.boleh gak la aku pura-pura tak dengar.ahaks.

kesimpulannya : aku tak balik Ipoh minggu ni….uwaaaaaaaaaa….

mee rebus

April 26, 2006

aku : mee rebus  satu yer bang..

abang mee rebus 1 : ok…

…..

abang  mee rebus 1 : abang tadi order apa?

aku : mee rebus satu

…..

abang mee rebus 1 : abang tadi mee rebuskan?brape ye?

aku : satu

…..

abang mee rebus 1 : bawa motor gi beli taugeh

abang mee rebus 2 : yerr abang nak apa??

aku : mee rebus  satu…

……..

abang  mee rebus 1 : balik bawa taugeh.eh..abang punya mee rebus tak dapat lagi yerr?

aku: yer saya…

 

alahai…sabarnya aku ni…..

bila lagi??

April 26, 2006

Miss Jaja: tak penah masuk pun sekali…
Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: bila lagi nak reti?
neeziee: tahun depan >> Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: tak moo…
Miss Jaja: nanti tak wat kijer..
neeziee: 2008 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: 2009 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: 2010 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: *jelir*
neeziee: 2020 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: jahatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
neeziee: hahahahahaha….

isi

April 25, 2006

sanchai: nak isi apa ar kat jerawat ni

neeziee: isi sadin

neeziee: nanti leh wat sandwich

neeziee: *gelak*

sanchai: ooiii

printer

April 25, 2006

semalam aku guna printer orang..

pagi ni aku dapat warning

"lain kali jangan guna printer saya ni print yang bukan-bukan yer"

alahaiiiii…….

sebelum ni……..

kalaulah aku boleh cakap macam tu masa dia takde printer.

kalaulah aku boleh cakap macam tu setiap kali dia guna printer kat "tempat aku". 

kalaulah aku boleh cakap macam tu setiap kali dia minta tolong dari aku.

kalaulah…………

sabarlah………… 

misteri sabun mandi

April 25, 2006

semalam..

aku balik kerja..

mandi…..

tapi…………

mana sabun aku?

mana perginya?

hilang?

jatuh?

siapakah yang menodai sabun aku?

adakah selama ini aku berkongsi sabun?

tapi siapa??

kongsi sabun????

tiiiiidaaaaaakkkkkkkkkkkk………….

dalam kenangan

April 25, 2006

"saya tidak ada kelulusan tinggi, cuma ada semangat. tapi saya terus berjuang berkandaskan semangat itu selagi ekonomi orang Melayu belum seimbang dengan bangsa lain"

"salahkah saya daripada keturunan miskin, anak orang miskin, anak penarik kereta lembu ini untuk tegak di tengah-tengah bangsa saya bagi membela dan menghapuskan kemiskinan"

"salahkah saya bekerja bermati-matian, sepenuh hati serta tenaga dalam memperjuangkan bangsa yang ketinggalan dalam serba-serbi di tanah airnya sendiri?"

 

dalam kenangan

ALLAHYARHAM TUN ABDUL GHAFAR BABA

 

AL-FATIHAH

 

daripada seorang anak melayu yang mengetahui perjalanan hidupmu dan jasa-jasamu hanya selepas pemergianmu.

takziah

April 24, 2006

takziah buat sanchai dan keluarga di atas

pemergian Ayahandanya

kembali ke Rahmatullah

pada hari Ahad 16 April 2006.

AL – FATIHAH

burger

April 24, 2006

abang burger 1 : siap..RM2.20…
*perghhh sedap woo

abang burger 2 : siap bang.. RM2.30.terima kasih yer..
*ini burger ayam ke burger kobis??

tapi lepas tu aku terus jadi pelanggan tetap brader burger 2 kat depan surau tu.walaupun jauh sikit dan tak berapa nak sedap berbanding brader burger 1 bawah flat ni tapi aku selesa hanya kerana ucapan "terima kasih".