Insafkah aku?

Mei 5, 2006

Masa berlalu
Aku sendiri tidak pasti
Apa yang telah aku lalui
Yang mana membawa ku ke arah kebaikan
Yang mana membawa ku ke arah keburukan
Walau aku sentiasa bermuhasabah kepada Mu
Namun aku tetap insan
Yang lemah dan tidak berdaya
Seringkali terlupa nikmat
Yang Kau kurnia
Aku menyesali perbuatanku
Namun seringkali aku mengingkari taubatku
Aku menangis hanya sebentar
Air mata yang gugur tiada bermakna
Aku terus melupaiMu
Walau sebanyak mana usahaku
Untuk mengagungkanMu
Aku tak berdaya Ya Allah
Aku lemah Ya Allah
Mengapa aku begini?
Inikah kifarah terhadap dosa2ku?
Masihkh ada ruang untuk ku
Menjengah pintu taubatmu?
Ya Allah
Berilah aku terus petunjuk dan kekuatan
Untuk terus mengharungi liku2 kehidupan
Walau pelbagai dugaan dan cabaran

Yang harus aku tempuhi
Demi mencapai keredhaanMu Tuhan
Akan ku teruskan perjuangan ini..

+intan

adil??

April 28, 2006

sekeping hati…….dilukai?

biarkan……

sebuah jiwa……..disakiti?

biarkan……

sejujur perasaan……dicalari?

biarkan……

akukah???

dimanakah keadilan??

ahh..hilangg…

+intan

+24/04/2006

kekasihku

April 22, 2006

Malam yang gelap
Tanpa bulan menyinari
Begitukah gelapnya hatiku ini?
Tanpa dirimu menuntun diriku
Malam yang kosong
Sunyi sepi
Aku rindukan ajaranmu
Aku rindu untuk bertemu denganmu
Masa yang ku nanti
Entah bila akan menjelma
Semalam yang pergi
Tak mampu aku ulangi kembali
Aku terus menjadi sang perindu
Yang merindu untuk bertemu denganmu
Walau kita tak pernah bersua
Walau kita tak pernah bersama
Namun ku tetap merinduimu
Wahai kekasihku
Wahai kekasih Allah
Ya Rasulullah
Kerna ku tahu
Rinduku dan cintaku terhadapmu
Bermakna rinduku dan cintaku kepada Allah
Walau kini kau telah tiada
Jasa yang kau tinggalkan
Terlalu bermakna bagi diriku
Dan seluruh umatmu
Bilakah agaknya kita akan bertemu?
Aku sendiri menanti jawapannya..

 

intan
12 RabiulAwal 1427