tidur

Mei 8, 2006

dik…dah sampai dik…

 

owh..dah sampai ipoh,

 

owh..dah takde orang dalam bas,

 

owh..tinggal aku sorang,

 

owh..aku tidur sepanjang jalan,

 

owh..malunya…..

 

tidakkkkkk…..

aku malu sama itu abang pandu bas….

…………………………………………………………….

abah : nape dah sampai baru nak bagitau?biasa belum sampai ipoh dah bagitau dah….

aku : errrr…….

kain

Mei 5, 2006

+lokasi : langkawi

kak, tolong pilihkan kain batik.tak reti la…

kau nak buat apa ngan kain batik?

nak hadiahkan kat awek la kak..

ish..orang kata tak elok bagi hadiah kain kat awek,nanti tak kekal

owh…orang tu saper kak??

ntah…

hahahahaha…orang tu ntah…

Insafkah aku?

Mei 5, 2006

Masa berlalu
Aku sendiri tidak pasti
Apa yang telah aku lalui
Yang mana membawa ku ke arah kebaikan
Yang mana membawa ku ke arah keburukan
Walau aku sentiasa bermuhasabah kepada Mu
Namun aku tetap insan
Yang lemah dan tidak berdaya
Seringkali terlupa nikmat
Yang Kau kurnia
Aku menyesali perbuatanku
Namun seringkali aku mengingkari taubatku
Aku menangis hanya sebentar
Air mata yang gugur tiada bermakna
Aku terus melupaiMu
Walau sebanyak mana usahaku
Untuk mengagungkanMu
Aku tak berdaya Ya Allah
Aku lemah Ya Allah
Mengapa aku begini?
Inikah kifarah terhadap dosa2ku?
Masihkh ada ruang untuk ku
Menjengah pintu taubatmu?
Ya Allah
Berilah aku terus petunjuk dan kekuatan
Untuk terus mengharungi liku2 kehidupan
Walau pelbagai dugaan dan cabaran

Yang harus aku tempuhi
Demi mencapai keredhaanMu Tuhan
Akan ku teruskan perjuangan ini..

+intan

langgar

Mei 4, 2006

keletukkk….

piiiiiiinnnnnn………..

hallaamakkk…

aku terlanggar side mirror kereta orang…..

lagi…

kau dengar?

Mei 3, 2006

aku berbisik..kau dengar tak?
aku berkata..kau dengar tak?
aku bertempik..kau dengar tak?
aku memekik..kau dengar tak?
aku menjerit..kau dengar tak?
aku melolong..kau dengar tak?

ahhhh…aku lupa
suara aku suara hamba
telinga engkau telinga raja

Selamat Hari Pekerja

Mei 2, 2006

tahun ni tahun kedua aku cuti hari pekerja sebagai seorang pekerja.ahaks.walaupun dah dua kali cuti hari pekerja aku tak tau menda pun untuk apa cuti hari pekerja ni diadakan.

untuk pekerja seperti aku tido sepanjang hari?mungkin..

untuk pekerja merehatkan diri bersama keluarga?mungkin..

untuk pekerja menambahkan lagi jumlah pekerja rakyat??..mungkin..

untuk pekerja balik kampung…ciss..aku tak dapat balik pun..

……………………………………………………………….

tanya pakcik google dia jawab :

sila tengok kat sini

adil??

April 28, 2006

sekeping hati…….dilukai?

biarkan……

sebuah jiwa……..disakiti?

biarkan……

sejujur perasaan……dicalari?

biarkan……

akukah???

dimanakah keadilan??

ahh..hilangg…

+intan

+24/04/2006

tiket

April 27, 2006

+lokasi : Pudu

+soalan : Adakah masih ada harapan untuk saya pulang ke Ipoh bertemu Ayah Bonda tercinta yang dirindui sentiasa pada malam Jumaat ini dengan menaiki bas?

+ jawapan :

kakak kaunter bas 1 : tengahari jer ada kosong dik..

aku : tapi saya habis kerja pukul 5.30pm kak….(dalam hati)

kakak kaunter bas 1 : tu kau punya pasal la (dalam hati…mungkin) ahaks

nasib baik la kakak ni cun sikit dari kakak jual jambu air tadi..

……………………………………

kakak kaunter bas 2 : penuh dik..sambil geleng-geleng kepala, iras-iras macam geleng cikgu sekolah aku dulu masa tangkap budak kelas sebelah bawa playboy datang sekolah.

……………………………………

kakak kaunter bas 3 : takde…

errr..tu jer dia jawab.aku tak berani tanya lebih.

……………………………………

kakak kaunter bas 4 : %)*3heyr88@#%@#$..tuuutt..tuutt..ttuuuuuttt..

yang ni aku tak berani nak tanya.dia tengah dok maki abang nak beli tiket sebab abang tu tanya nanti jalan jam ke tak.ahaks.tak tau la salah orang yang memaki ke salah orang yang bertanya.huhu..
……………………………………

abang-abang walkie-talkie :………..

errr….yang ni tak payah nak tanya.diorang yang tanya aku.tapi malas nak layan.aku rimas.nasib baik telinga aku sumbat earphone.boleh gak la aku pura-pura tak dengar.ahaks.

kesimpulannya : aku tak balik Ipoh minggu ni….uwaaaaaaaaaa….

mee rebus

April 26, 2006

aku : mee rebus  satu yer bang..

abang mee rebus 1 : ok…

…..

abang  mee rebus 1 : abang tadi order apa?

aku : mee rebus satu

…..

abang mee rebus 1 : abang tadi mee rebuskan?brape ye?

aku : satu

…..

abang mee rebus 1 : bawa motor gi beli taugeh

abang mee rebus 2 : yerr abang nak apa??

aku : mee rebus  satu…

……..

abang  mee rebus 1 : balik bawa taugeh.eh..abang punya mee rebus tak dapat lagi yerr?

aku: yer saya…

 

alahai…sabarnya aku ni…..

bila lagi??

April 26, 2006

Miss Jaja: tak penah masuk pun sekali…
Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: bila lagi nak reti?
neeziee: tahun depan >> Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: tak moo…
Miss Jaja: nanti tak wat kijer..
neeziee: 2008 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: 2009 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
neeziee: 2010 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: *jelir*
neeziee: 2020 >>Miss Jaja: tak reti nak masuk blog2 nih..
Miss Jaja: jahatnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa
neeziee: hahahahahaha….